.

Notice Board
Notis pada Okt 2012(04)pada pukul 1:30- petang.
--blog ini masih di belum siap
sila la masuk dan buat macam rumah sendiri ye.....terima kasih....

Thursday, November 15, 2012

Char Kuey Teow

Okey..sekarang saya nak ajar mereka diluar sana cara nak buat kuah kicap untuk char kuey teow..ini cara yang saya belajar dari kawan kawan..mungkin tak sama dengan yang asli..tapi sedap kalau nak mencuba
Resepi untuk Kuah kicap tu [ini untuk saiz yang banyak,so kalau nak buat sikit sikit boleh cuba nisbahkan setiap bahan tu]
4 senduk kecil Kicap Mee
2 Senduk kecil Sos tiram
1 sudu kecil asam jawa Xtra keluaran Adabi
1 senduk kecil Serbuk ayam Tanpa MSG
1 keping gula melaka
1 senduk kecil Sos ikan
1 cawan air
masukkan semua bahan diatas kedalam kuali dan panaskan dengan api sederhana.Jangan masakkan bahan terlalu pekat.Sejukkan dan simpan dalam peti ais.
Jadi kalau anda nak masak char kuey teow bahan yang anda perlu adalah
Kuey Teow halus
kucai
tauge
kerang
udang
telur
2/3 cawan air masak ataupun kalau rajin buat la air rebusan udang
bawang besar + bawang Putih + halia [kisar]
serbuk cili ataupun cili kering kisar


cara nak masak
1.panaskan kuali dengan 1 sudu minyak.
2.masukkan 2 ekor udang dan goreng setengah masak [kalau udang tu dah direbus,tinggalkan step ni] dan ketepikan dulu.
3.masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar ke dalam kuali.biarkan sehingga naik bau.
4.masukkan sedikit kucai,2 ekor udang[udang yang anda goren tadi],5-6 biji kerang,1/2 sudu teh serbuk cili dan 1 senduk kecil kuah kicap tadi kedalam kuali.kacau selama beberapa saat
5.masukkan segenngam kuey teow [anggaran dalam 1/4 atau 1/5 dari sebungkus kuey teow tu] ke dalam kuali bersama dengan tauge.kacau sehinngga bahan bahan tadi sebati.
6.masukkan 2/3 cawan air kedalam kuali dan pasang api dengan kuat.Ini untuk mempercepatkan air yang kita masuk tadi panas sebelum kuey teow kembang.selepas air yang kita masukkan tadi dah panas,masukkan sebiji telur sambil sebelah tangan lagi kacau dalam kuali.
7.hiaskan dan boleh dimakan sambil panas.Kalau nak sedap lagi buat la jeruk cili...tak tau nak buat jeruk cili?sila men'google' sendiri ye.

kalau tak berapa masin,boleh tambahkan 1-2 titik sos ikan tadi pada step yang ke 6


Resepi ni saya beri secara percuma pada sesiapa yang nak mencuba ataupun nak buat untuk meniaga.Pasal sebelum ni pun saya guna resepi yang ni je untuk jual kat kedai.Jadi kalau tak jadi tu cuba lagi ye..sebab masa nak masak kuah kicap tu...kepekatan tu tak sama setiap kali kita buat...saya sendiri pun tak berapa mahir masa nak tentukan kepekatan yang sepatutnya..kalau terpekat nanti char kuey teow jadi masin,dan kalau agak cair char kuey teow tak berapa sedap..sebab kita guna sukatan yang sama untuk masak char kuey teow.
Jadi yang paling bagusnya kalau char kuey teow tu rasa masin.kurangkan sukatan kicap tu untuk masakan seterusnya.
okey..itu resepi yang pertama untuk saya kongsikan dengan anda.Selamat mencuba...